Ketika Malaysia sedang dalam usaha mengawal dan memutuskan rantaian wabak COVID-19, kita semua rakyat Malaysia harus akur dan duduk di rumah di bawah arahan kerajaan untuk Movement Control Order (MCO) ataupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam tempoh ini, semua orang tidak dibenarkan melakukan aktiviti di luar rumah termasuklah aktiviti berbentuk senaman ataupun beriadah. Oleh itu, pastinya “kaki lari” dan yang gemarkan melakukan aktiviti kecergasan sudah tak boleh duduk diam di rumah.
Kalau tak lakukan senaman di rumah, kita akan asyik makan dan tidur saja. Sungguh tak produktif hidup kita. Jadi kali ni saya nak kongsikan satu Fitness Challenge yang dianjurkan oleh Sofea Run yang korang semua boleh lakukan di rumah bagi mencabar diri sendiri dan seterusnya mengekalkan hidup sihat.
Sofea Run MCO Fitness Challenge
Ini adalah challenge berbentuk calories burned. Kita harus membakar kalori setiap hari bermula dari 10 April sehingga 23 April 2020 iaitu selama 14 hari tanpa gagal. Setiap hari terdapat minimum kalori yang harus dibakar dan disasarkan. Bermula pada 10 April dengan 50 calories sahaja yang harus dibakar dan diteruskan setiap hari dengan kenaikan jumlah kalori harian sehinggalah pada hari ke 14 iaitu dengan jumlah 500 calories. Nampak macam mencabarkan?
Cara Burn Calories
Untuk challenge ni kita boleh lakukan apa saja jenis senaman untuk burn calories. Antara senaman yang boleh dilakukan adalah indoor run, jump rope, zumba atau apa-apa saja asalkan kita burn calories. Workout yang boleh dilakukan adalah pelbagai dan tidak ditetapkan asalkan kita rekod data calories burned kita tu menggunakan fitness tracker seperti Apple Watch, Garmin, Fitbit ataupun apa-apa sahaja. Ini adalah kerana setiap hari kita kena hantar data kalori kita itu melalui aplikasi Sofea Run untuk tujuan simpanan data.
Lucky Draw
Selepas kita berjaya tamatkan cabaran Sofea Run MCO Fit Challenge pada hari ke 14 nanti, setiap peserta berpeluang memenangi lucky draw berupa voucher pembelian online. Voucher ini boleh digunakan kemudian untuk membeli barangan keperluan harian yang amat penting bagi kita ketika MCO ini.
Menderma Tabung COVID-19
Sambil kita melakukan senaman dan burned calories, kita juga sebenarnya sudah membantu mengurangkan beban frontliners dengan menyumbang dana ke dalam tabung COVID-19 melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Ini adalah kerana setiap yuran penyertaan untuk Sofea Run MCO Fit Challenge ini sebahagiannya akan disalurkan untuk tujuan kutipan dana.
Registration Fee
Sebenarnya nak join ni tak mahal sangat pun dan kosnya hanyalah RM9.90. Kos ini adalah kos pengurusan aplikasi dan pendaftaran Sofea Run dan seperti yang dimaklumkan tadi, lebihan dari jumlah kos pendaftaran ini adalah untuk sumbangan ke tabung COVID-19. Ketika proses pendaftaran melalui aplikasi Sofea Run nanti kita ada pilihan untuk membuat jumlah sumbangan kita nanti.
Bagi saya dengan kos RM9.90 ini, Sofea Run MCO Fit Challenge ini tidaklah terlalu mahal dan membebankan peserta. Kita anggap ianya sebahagian dari motivasi kita untuk paksa diri kita bersenam selama 14 hari berturut-turut. Bila kita sahut cabaran kita sendiri dengan automatik akan memaksa diri untuk melengkapkan cabaran tersebut. Kesihatan diri kita masih perlu jaga dan mengekalkan kehidupan yang sihat. Kawal pemakanan dan teruskan menjalani kehidupan yang aktif.
Sama-sama kita doakan supaya COVID-19 ini dapat dibendung dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Untuk info lanjut mengenai Sofea Run MCO Fit Challenge boleh rujuk laman media sosial Sofea Run.
Facebook : https://www.facebook.com/SOFEARun
Instagram : https://www.instagram.com/sofearun/
1,365 total views, 1 views today





Bagusnya…dalam waktu PKP ni pun kita kena jaga dan maintin bersenam, at least bersenam..bukan makan tidur je kan…Now Sis baru mula dalam seminggu main tali skipping tu haa hahahaha..semput gak, tapi cabar diri sendiri sebenarnya hehehe..
Nanti Sis nak share pada kawan info ni, kawan tu kaki run, so bolehlah dia join run ni dari uma kan…thanks ya..
Sambil bersenam, kita menderma…anda buat anda dapat..
Sis Lin recently posted…BEKERJA DARI RUMAH – BAGAIMANA SET-UP KORANG?
yg mmg kaki fitness bole join ni…musim PKP exercise naik turun tangga sbb kejap2 ank nk mkn..mak bz work from home..anyway tq sharing Sofea Run MCO Fit Challenge
Terima kasih share. Waktu2 kuarantin ni memang kadang2 makan pun tak tentu masa. Jadi memang kena buat aktiviti yg cergas.
Bagusnya ada sofea run mco fitness challenge ni murah pula bayaran untuk masuk. sambil kita PKP dirumah kita challange diri dan menderma juga untuk frontliner kita
Bagusnya ada sofea run mco fitness challenge ni murah pula bayaran untuk masuk. sambil kita PKP dirumah kita challange diri dan menderma juga untuk frontliner kita, InsyaAllah.
Berita ni tentu menggembirakan mereka yg suka melakukan senaman. Dah taj oayah lari kat luar buat je di rumah dan berpelyang menang hadiah lagi.
penting untuk kekal aktif supaya badan kita lebih fit dan sihat, di musim pkp ni nampaknya banyak resepi masakan yng saya dah cuba, goreng-goreng, kek, cookies, hancuslah diet mak hahaha, kenalah join aktiviti ni juga 😉
ajumohit recently posted…Resepi kek coklat kukus moist ikut sukatan cawan
Macam dah terlepas je race ini.
Apa pun walau hanya duduk dirumah, bukanlah alasan untuk tak mahu bersenam.
Tambah asyik makan yang sedap-sedap sahaja.
Menarik nya challenge macam ni. Tapi sat lagi duk exercise kat rumah ni ada dua budak duk join Mummy main-main sat lagi hahaha
Julia Mahir recently posted…Pengalaman Derma Darah Semasa Pandemik Covid-19
Baguslah zarin ada challenge mcm nie time MCO. Ini bukan alasan utk terperap kt rumah xbuat apa2. Sedikit mencabar lah tapi kalau nk exercise kt rumah nie. Especially bila depan mata ada katil. Hahaha
Zharif Azis recently posted…Berhujung Minggu Bersama Kawan-kawan di Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands
WOW! Tengok post dah berpeluh peluh dah! Stay safe and stay healthy brother! I baca pun dah habis 10 kcal ! hahaha!
Ini memang menarik ni… dalam pada kita MCO ni pun, masih boleh ambil bahagian di rumah kannnn… kiranya, takde alasan untuk kita tidak mengambil berat tentang kesihatan kita gitu… keep up the good work ya… stay safe, stay healthy…
mazharalti recently posted…BELAJAR BAHASA ARAB DENGAN SAFAA – ENGLISH-ARAB
kita dah sign up semoga istiqomah utk terus maju hingga ke akhirnya… PKP ke tidak kena juga work out..
WOw serious la… hehe.. okok jom2