Nampaknya pada tahun 2020 ini kita semua umat Islam khususnya di Malaysia akan menyambut bulan yang mulia bulan Ramadhan dalam keadaan menghadapi wabak COVID-19. Ketika bulan Ramadhan tahun ini kita juga berkemungkinan besar masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga harus mengekalkan jarak sosial yang selamat. Mau atau tidak, kita semua sudah harus bersedia dengan apa halangan dan dugaan yang ada bagi menjalani ibadah puasa tahun ini.
Tak lengkap rasanya berpuasa sekiranya tidak membeli juadah kegemaran di Bazaar Ramadhan seperti apam balik, satay, nasi ayam, kuih akok dan macam-macam lagi. Melangkah setapak ke hadapan, beberapa kerajaan Negeri, syarikat e-hailing dan persatuan-persatuan peniaga telah mewujudkan inisiatif baru iaitu e-Bazaar Ramadhan bagi mengatasi masalah ini. Ini juga adalah bertujuan bagi membantu peniaga-peniaga Bazaar Ramadhan bagi membuka peluang mereka mencari rezeki ketika waktu itu.
Berikut adalah beberapa e-Bazaar Ramadhan yang telah diwujudkan bagi persediaan langkah awal. Peniaga-peniaga yang berminat juga boleh mendaftar melalui pautan berikut bagi proses pendaftaran dan sebagainya.
1.Grab e-Bazar Ramadan
Buat masa ini Grab telah bekerjasama bersama Negeri Selangor dan juga Wilayah Persekutuan dalam mewujudkan Grab e-Bazar Ramadan. Sama seperti konsep tempahan makanan Grab sebelum ini, semua makanan akan boleh ditempah melalui aplikasi Grab dan semua pembayaran dilakukan secara cashless.
Buat masa ni mana-mana peniaga yang berminat untuk menjual dan menggunakan perkhidmatan haruslah membuat permohonan melalui persatuan-persatuan peniaga di kawasan masing-masing dan persatuan tersebut barulah boleh membuat permohonan kepada Grab untuk perkhidmatan ini.
DAFTAR DI SINI > https://www.grab.com/my/grab-brings-ramadan-favourites-to-malaysians/
Selain itu juga ketika bulan Ramadhan, Grab juga akan mempromosikan GrabFood Ramadhan Favorites yang menawarkan menu berbuka puasa dari lebih 900 restoran tempatan di kawasan sekitar Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu.
Untuk info lanjut layari :
Laman Web : https://www.grab.com/my/
Instagram : https://www.instagram.com/grabmy/
Facebook : https://www.facebook.com/GrabMY/
2. Getmakan
Getmakan adalah satu platform online e-Bazaar Ramadhan terbaharu yang dihasilkan oleh syarikat tempatan iaitu Legaltech Ventures SB bagi membantu peniaga-peniaga IKS yang terjejas ketika bulan Ramadhan. Berbeza dengan Grab, aplikasi Getmakan berkonsepkan komuniti e-Bazaar Ramadhan oleh peniaga-peniaga kecil samada mereka mempunyai kedai ataupun tidak. Getmakan membenarkan apa juga perniagaan makanan seperti nasi ayam, murtabak, ikan bakar, kuih-muih serta banyak lagi. Pendek kata apa saja makanan halal yang dicari-cari orang ramai ketika musim Ramadhan boleh dijual di sini.
Bagaimana menempah makanan?
Aplikasi Getmakan tidak seperti Grab yang menawarkan perkhidmatan rider untuk menghantar makanan. Setiap pembelian makanan di Getmakan, pembeli boleh memilih untuk mengambil makanan tersebut kepada pembeli setelah tempahan dibuat ataupun memilih untuk makanan tersebut dihantar oleh penjual.
Pembayaran tempahan makanan akan terus dibuat kepada penjual dan tidak melalui Getmakan. Untuk perkhidmatan ini, tiada sebarang caj yang dikenakan oleh Getmakan dan pembeli serta penjual akan dapat menggunakan perkhidmatan ini secara percuma.
Untuk info lanjut layari :
Laman Web : https://getmakan.com/
Instagram : https://www.instagram.com/getmakanofficial/
Facebook : https://www.facebook.com/getmakanofficial
3. e-Kitchen Platform Selangor (PLATS)
Kerajaan Negeri Selangor pula menggunakan aplikasi web Platform Selangor (PLATS) yang merupakan pengumpulan berpusat terdiri daripada 77 lokasi dan 10 dewan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. Terdapat sebanyak 67 restoran yang menyediakan pilihan juadah berbuka puasa di seluruh Selangor dan PLATS juga bekerjasama dengan rakan penghantar seperti GRAB, BungkusIt, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch.
Penduduk di Selangor boleh membuat tempahan makanan melalui laman web https://www.plats.com.my/ bermula dari jam 10pagi hingga sekitar jam 2petang. Setiap kawasan menawarkan had masa tempahan yang berbeza.
4. Facebook Group e-Bazaar Ramadhan
Satu lagi platform e-Bazaar Ramadhan yang tiba-tiba naik adalah melalui Facebook Group yang dihasilkan mengikut kawasan-kawasan tertentu. Pastinya kita mempunyai banyak pilihan juadah berbuka puasa di dalam Facebook Group e-Bazaar Ramadhan seperti ini. Setiap makanan dipromosi secara harian oleh peniaga dan sekiranya pembeli berkenan dengan makanan yang ditawarkan, pembeli bolehlah berkomunikasi secara langsung dengan peniaga.
Berikut adalah beberapa senarai Facebook Group e-Bazaar Ramadhan yang popular.
- Shah Alam Bazaar Ramadhan Online 2020 (4.1K Members)
- Bazaar Ramadhan Online Subang Jaya (4.8K Members)
- Bazaar Ramadhan Online Gombak (1.3K Members)
- Bazaar Ramadhan Online Sungai Buloh (908 Members)
- Bazar Ramadan Saujana Utama
- BAZAR RAMADHAN ALAM MEGAH
- Bazar Ramadan Putra Heights OFFICIAL
- BAZAR RAMADHAN PANTAI DALAM
- BAZAR RAMADHAN ONLINE AMPANG 68000
- BAZAAR RAMADHAN ONLINE WANGSA MAJU
- BAZAR RAMADHAN OTK PUCHONG PRIMA
- BAZAR RAMADHAN BANDAR PUTERI PUCHONG
- BAZAR RAMADHAN PUTRA PERDANA PUCHONG
- BAZAR RAMADHAN KINRARA BK
- BAZAR RAMADHAN KELANA JAYA
Walaupun banyak pilihan makanan di e-Bazaar Ramadhan Facebook Group, tetapi ianya saya lihat agak sukar dikawal dan dipantau. Ini adalah kerana peniaga masing-masing akan bersaing membuat posting makanan masing-masing dan berkemungkinan akan berlaku lambakan promosi ataupun spam yang sukar dikawal. Oleh sebab itu saya galakkan penggunaan aplikasi e-Bazaar Ramadhan seperti Grab ataupun Getmakan di mana aplikasi ini dipantau dan diuruskan bagi memudahkan pengguna.
Akhir kata saya ingin nasihatkan agar kita berjimat di dalam berbelanja ketika musim COVID-19 ini dan teruskan berdoa agar kita dan seluruh umat Islam dapat menyambut hari raya di kampung halaman masing-masing.
5,515 total views, 1 views today
Wah! Ini benar-benar satu pembaharuan. Kira kita sekarang ini benar benar memanfaatkan era digital..
Besar sungguh impak PKP nie ya pd rutin harian kita. Nampak mcm xde apa2 tp ramai individu especially peniaga2 terkesan dgn wabak nie. Semoga semuanya kembali pulih seperti sediakala.
Zharif Azis recently posted…Berhujung Minggu Bersama Kawan-kawan di Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands
Waaa banyak juga kat KL dan Selangor yek..sama naik kat Johor juga..
Sis pun dah banyak gilee kawan invite bazar online ni kat FB, esok pose order online aje laa kalau nak makan murtabak ke kann..
Mudah juga sambil sesiapkan juadah di rumah…
Sis Lin recently posted…RESEPI TAUHU BERLAUK VIRAL YANG PALING SIMPLE DAN SEDAP
This is interesting !Thanks for sharing!
Hope MCO will end soon, all of us can go to bazaar!
Veronica C recently posted…Mary Kay Satin Hands
Untunglah mana2 kawasan yg dpt coverage grab ni. Senang nak makan order je. Tak perlu keluar pun
it’s a good alternative with this e-bazar tapi kita sebagai pengguna jangan tertipu dengan gambar haha nanti berlebihan membeli dan membazir
Good alternative untuk Rakyat Malaysia beli juadah berbuka puasa tanpa perlu keluar. Dan masa ni jugak jangan lah beli ikut nafsu, mentang-mentang hujung jari je. Hehehe
Hi apakata Mommy recently posted…Cara Pengeluaran i-Lestari ( Akaun 2 ) KWSP Sempena Bantuan COVID-19
yup, kat Kota Kinabalu Sabah juga dah ada e-bazaar. will udpate it too. sekurang-kurangnya membantu penjual dan pembeli.
YatieOwner recently posted…Segmen Bloglist Blogbabyshambles
Tq for sharing…janji kita semua stayathome dan selamat, kita order jerlah apa saja nak makan dgn e-bazaar
itulah kan tak dapat pergi bazaar nampaknya tahun ni tapi bagus ada perkhidmatan apps mcam ni.. area umah za ni selamat ada komuniti kecik yg buat facebook page.. bole la rasa2 makanan luar kalau malas masak.
Zaza Azman recently posted…BANANA MILKSHAKE WITH PEANUT BUTTER RECIPE
Sejak PKP ni mcm2 bisnes online yg kita blh tgk, lbh2 lg utk bln Ramadan org nk membeli n order, kak no problem sbb hari2 mmg masak utk berbuka puasa
Banyak jugak e bazaar ramadhan yang diwujudkan ya. Yelah itu saja cara untuk membantu para peniaga menjual dan cari rezeki kan. Area seremban pun dah ada group e bazasr ramadhan macam ni jugak.
Mimi Azirah recently posted…Resipi Kek Sarang Semut Guna Sukatan Cawan
sedih bila kita akan hadapi tak pergi ke bazar. Nad memang jarang pergi bazar, selalu suami, tu pun beli kuih muih je. Bgus ade e bazar ni,tapi tak semua kawasan kan
Ketika PKP, nampaknya pengendali makanan food delivery lokal berdaftar juga telah sedikit sebanyak membantu menstabilkan ekonomi & industri makanan setempat (micro economy)…
codchef recently posted…E-Bazaar Ramadhan Online Kota Bharu Kelantan
😊Cubalah Aplikasi JomBuka kini di playstore dam appstore. Sekarang mempunyai beratus juadah berbuka dari seluruh Malaysia.
[…] tahun ini e-Bazaar diwujudkan bagi memudahkan kita untuk mendapatkan pelbagai juadah-juadah iftar dari keselesaan […]