Bagi yang mengikuti media sosial dan pembaca blog saya pasti sudah tahu skipping merupakan senaman kegemaran saya. Salah satu sebab utama adalah skipping telah mengubah hidup sayadari berbadan saiz XXL sehingga ke saiz M. Ianya merupakan permulaan dalam perubahan besar hidup saya di dalam misi ingin kurus. Selain skipping boleh membantu proses untuk kurus, sebenarnya terdapat banyak lagi kebaikan senaman skipping. Kali ni saya nak kongsikan 10 kebaikan senaman skipping. Jom kita mulakan.
Kebaikan Senaman Skipping
1. Pembakar kalori
Skipping adalah salah satu senaman kardio yang mampu membakar kalori dengan tinggi. Skipping selama 10-15 minit sahaja sudah mampu membakar lebih kurang 200-300 kalori. Malahan senaman skipping juga dikatakan lebih banyak membakar kalori jika dibandingkan dengan senaman kardio yang lain.
Oleh itu, bagi baru ingin mula menurunkan berat badan, senaman jump rope merupakan salah satu pilihan yang terbaik. Ianya mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
2. Melatih menjadi lebih fokus
Salah satu perkara utama yang harus dititikberatkan ketika skipping adalah fokus. Mana taknya, kalau kita tak fokus habis terlibas kaki ataupun badan. Oleh itu, skipping melatih kita untuk menjadi lebih fokus dalam melakukan sesuatu. Ketika kita melompat, pergelangan tangan turut dipusing bagi melepaskan pusingan tali ketika melakukan lompatan. Ianya memang memerlukan timing dan koordinasi tangan yang baik. Sebab itulah kita kena fokus!
3. Meningkatkan bone density
Skipping juga dapat meningkatkan bone density ataupun ketumpatan tulang. Walaupun ada orang cakap skipping nanti takut sakit kaki dan sebagainya tapi skipping sebenarnya sangat baik untuk tulang. Skipping menguatkan tulang di bahagian kaki kerana kita kerap berlatih menguatkannya melalui pergerakan kaki.
Namun begitu, bagi mengelakkan kecederaan pada bahagian kaki, kita haruslah berlatih dan mendapatkan form lompatan yang betul.
4. Lebih tenang
Skipping juga akan menjadikan kita lebih tenang. Ini adalah kerana ketika kita melakukan skipping kita sedang mengawal pelbagai pergerakan termasuklah kaki dan tangan ketika melompat. Keseluruhan pengawalan pergerakan ini menjadikan kita lebih tenang kerana melakukan pergerakan yang berulang.
5. Menyihatkan jantung
Kebaikan senaman skipping adalah ianya baik untuk jantung kerana skipping adalah salah satu senaman kardiovaskular yang bagus. Ianya akan melatih jantung agar dapat berfungsi dengan lebih baik. Tapi awas, jangan skipping dengan heart rate yang terlalu tinggi pula kerana ianya akan membahayakan terutama sekali bagi mereka yang ada masalah kesihatan.
6. Mengurangkan risiko kecederaan kaki
Bila bercakap pasal skipping mesti orang akan ingat skipping menyebabkan kecederaan pada kaki tetapi sebenarnya tidak. Skipping akan melatih kaki kita landing dengan baik dan membiasakan kaki menyerap hentakan dari lompatan. Tulang dan anggota kaki juga lebih bersedia dan kuat dari dari semasa ke semasa.
7. Menyeronokkan
Skipping ni memang menyeronokkan terutama sekali bila kita dah mahir melakukan skill-skill baru. Kadang-kadang berlatih buat skill baru ni lebih memenatkan dari melakukan lompatan biasa. Sedar tak sedar kita dah bakar banyak kalori. Skipping sambil dengar lagu juga akan membuatkan kita lebih seronok.
Kita boleh melakukan skipping di mana-mana sahaja dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Kalau nak skipping di depan rumah boleh, dalam rumah boleh, dalam bilik pun boleh. Berbeza dengan senaman yang lain seperti jogging kita perlukan kawasan yang luar seperti taman perumahan ataupun treadmill kalau berlari di dalam rumah.
Kebaikan skipping boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
9. Murah
Tali skipping amat murah dan tak mahal pun. Kalau nak beli tali skipping secara online pun ada banyak pilihan bermula semurah RM4 pun ada. Jadi ianya sesuai dilakukan oleh sesiapa saja yang takde budget nak masuk gym ataupun nak beli treadmill.
10. Mudah
Tali skipping ni adalah satu-satunya alat senaman yang mudah di bawah ke mana-mana. Kalau nak balik kampung atau travel ke mana-mana pun ianya masih mudah di bawa. Selitkan je dalam beg dan ianya dah sedia digunakan. Saya sendiri memang wajib bawa tali skipping tak kisah di mana pun saya travel. Inilah salah satu kebaikan senaman skipping yang saya rasa sangat best!
Sesiapa sahaja boleh mulakan senaman skipping tetapi haruslah belajar dan tahu asas lompatan bagi mengelakkan kecederaan. Namun begitu bagi mereka yang memang sudah mengalami masalah dibahagian kaki dan lutut tidak dinasihatkan melakukan senaman skipping. Video di bawah ini adalah cara asas dan tips mula belajar senaman skipping di YouTube Channel saya.
Kalau pada kebiasaannya saya selalu berkongsi kisah kejayaan saya kurus dengan senaman skipping tapi kali ini saya nak berkongsi kisah kejayaan orang lain pula yang sudah berjaya. Mereka ini adalah di antara kawan-kawan saya yang mengikuti saya di Instagram dan ada juga yang saya kenal melalui komuniti skipping Jump Rope Malaysia. Mereka ini semua telah berjaya mengurangkan berat sekurang-kurangnya 10KG melalui senaman skipping dan sudah tentulah juga dengan pengambilan makanan sihat dan seimbang. Mari kita baca kisah-kisah kejayaan mereka yang telah berjaya kurus dengan senaman skipping dan pastinya semakin sihat.
Ini bukanlah iklan ubat kurus ataupun menjual produk kesihatan, tetapi ini adalah motivasi yang saya ingin kongsikan agar kita semua istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan. Saya telah mendapat kebenaran mereka semua sebelum membuat posting ini.
Nama: Muhammad Aimi bin Jalaluddin
Instagram : @mhmdaimi_
Berat Asal : 108KG
Berat Selepas : 76KG
Tips Kejayaan :
Saya bermula pada Jun 2020 dengan mengubah cara pemakanan iaitu diet seimbang. Senaman pula saya bermula dengan berlari 3KM selang sehari dan sekitar bulan Ogos saya mula berminat dengan skipping. Saya mula dengan tali skipping yang murah tapi tak kerap sangat menggunakannya sebab masih belum mahir ketika itu. Lama-kelamaan saya mula beli tali skipping heavy rope 400g dan pada bulan Dis 2020 saya buat 30 hari challenge skipping 1000 sehari menggunakan heavy rope.
Sejak bermula dari situ, saya akan skipping selang sehari dan sehingga kini saya dah berjaya kurangkan lebih 30KG.
Bagi mereka yang baru ingin memulakan senaman skipping pasti tak tau di mana nak beli tali skipping secara online mahupun di kedai sukan. Tambahan pula ada macam-macam jenis tali skipping dan pelbagai jenis bentuk serta harga. Semudahnya, kita hanya nak beli tali skipping yang bagus dan sesuai digunakan oleh beginners. Jangan risau, kali ni saya akan kongsikan senarai laman web yang kita boleh beli tali skipping secara online. Saya juga akan kongsikan tip-tip nak pilih tali skipping. Mari kita mulakan!
1. Decathlon
Laman web pertama yang saya nak cadangkan adalah https://www.decathlon.my/yang semestinya terkenal dengan menjual alatan sukan. Apa yang saya suka tentang Decathlon adalah di sini terdapat banyak pilihan tali skipping yang bagus dengan harga yang berpatutan. Ada juga tali skipping yang dijual semurah RM4 sahaja dan ianya sangat bagus dan sesuai untuk beginners. Saya sendiri menggunakan tali skipping Decathlon ketika mula skipping dulu.
Secara asasnya terdapat 2 kategori utama jenis tali skipping di Decathlon iaitu jenis PVC Rope dan juga Wire Rope. Apa berbeza 2 jenis tali ni? Read More
Skipping ataupun jump rope merupakan salah satu senaman kardio yang mampu membakar kalori dengan lebih cepat dan menjadi senaman kegemaran ramai kerana banyak kisah-kisah kejayaan penurunan berat badan melalui senaman skipping. Tambahan pula skipping ini boleh dilakukan di mana sahaja dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Senaman skipping ini sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berazam untuk kurus dan membakar kalori. Kali ini saya ingin kongsikan cara skipping yang betul supaya skipping yang kita buat itu memberi kesan kepada perubahan bentuk badan kita.
Cara Skipping Yang Betul
Sebelum saya kongsikan cara skipping yang betul, saya nak nasihatkan supaya dapatkan tali skipping yang sesuai dan mudah digunakan. Kalau boleh elak dari menggunakan tali skipping permainan yang menggunakan material kain yang terlalu ringan dan sukar untuk dikawal. Anda semua boleh dapatkan tali skipping secara online di Shoppe ataupun di Decathlon.
1. Ukur kepanjangan tali dengan betul
Sebelum belajar melompat, kita kena belajar ukur tali skipping dengan betul mengikut ketinggian kita. Caranya adalah dengan memegang tali skipping dengan kedua tangan dan memijakkan lebihan tali dengan kaki. Letakkan pemegang di bahagian bawah tangan bagi mengukur kesesuaian. Pada asasnya, pemegang tali skipping haruslah berada di aras bawah bahu. Lebihan tali skipping boleh dipendekkan dengan mengikat tali tersebut seperti “knot” ataupun mengubah kepanjangannya pada “stopper” yang terdapat di bahagian pemegang tali skipping. Read More
Skipping ataupun jump rope merupakan salah satu senaman kardio yang terbukti mampu membakar kalori dengan banyak dalam tempoh masa yang pendek. Ianya terbukti apabila saya sendiri dulu pernah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 30KG bermula dengan senaman skipping. Saya bermula dengan berat badan 105KG dan selama 2 tahun akhirnya saya mendapat berat ideal iaitu 75KG. Tetapi selepas berakhirnya PKP baru-baru ini berat badan saya mula naik semula kerana tidak sempat bersenam dan tidak menjaga pemakanan kerana banyak menghabiskan masa di rumah dengan makan dan tidur. Berat badan saya naik sehingga 7-8KG dalam tempoh 3-4 bulan. Oleh kerana itu, bermula Ogos 2020 saya berhasrat dan berazam untuk memulakan cabaran menurunkan berat badan semula dengan cabaran skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari.
Cabaran skipping 2,000 setiap hari
Sebelum saya teruskan berkongsi pengalaman saya membuat 2,000 skipping setiap hari selama 30 hari, saya ingin beritahu kepada pembaca semua yang mana saya memang sudah kerap melakukan skipping. Saya sudah biasa melakukan 1,000-2,000 skipping sehari tetapi tidak pernah melakukannya secara konsisten selama sebulan. Jadi mungkin ada yang tertanya-tanya atapun terfikir mungkinkah seseorang melakukan skipping sebanyak itu. Ada orang yang nak buat 100 skipping pun sudah minta nyawakan? Inikan pula 2,000 skipping.
Ya, ianya possible dilakukan sekiranya sudah biasa dan tahu teknik asas skipping.
Secara puratanya untuk melakukan 2,000 skipping menggunakan speed rope saya mengambil masa sekitar 30-40 minit. Ianya bukanlah 2,000 skipping secara berterusan tetapi saya pecahkan kepada beberapa set. Contohnya saya buat 100 skipping dan rehat sekitar 30-60 saat sebelum menyambung set yang seterusnya. Untuk 2,000 skipping ini pula biasanya membakar sekitar 300-360 kalori. Banyak tak tu? Read More
Walaupun tahun ini sambutan Hari Kemerdekaan kurang meriah dan berbeza dari tahun-tahun sebelum ini kerana pendemik wabak COVID-19, namun begitu tidak bermakna kita tidak menyambutnya. Apa yang penting adalah semangat cintakan negara sentiasa tersemat dijiwa. Tahun ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan, saya telah menyertai kempen ZAYANSkip4Frontliner iaitu salah satu aktiviti skipping beramai-ramai selama 63 minit yang dianjurkan oleh radio Zayan. Acara skipping 63 minit bersama Zayan ini adalah diantara lain sebagai simbolik kepada pengorbanan frontliners negara yang telah banyak berbakti kepada masyarakat. Skipping selama 63minit memang sangat memenatkan tetapi ianya masih tidak setanding dengan penat lelah wira negara kita.
Bertempat di FINAS Ampang, acara pertama kali dalam sejarah ini berlangsung dengan meriahnya. Ianya bermula seawal jam 8pagi dengan perasmian perbukaan ZAYANSkip4Frontliners oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, En Ahmad Idham. Seterusnya saya dijemput untuk mengetuai sesi memanaskan badan ataupun warming up sebelum acara skipping selama 63 minit bermula. Acara ini juga turut dimeriahkan oleh penyampai-penyampai radio Zayan seperti Anas Tahir, Mawi, Lin Ariffin dan juga Azhar Hilmi serta beberapa artis dan personaliti sukan tempatan.
Lin Ariffin, penyampai radio Zayan mengibarkan jalur gemilang
Siapa sangka saya yang dulunya struggle nak kurus bermula dengan senaman jump rope, kini saya pula berkongsi kisah inspirasi kurus di radio Zayan. Saya masih ingat lagi macam mana susahnya nak faham dan belajar jump rope seorang diri dan susahnya untuk membuat lompatan walaupun sekadar lompatan asas. Saya juga dulu pernah diejek dan dicabar untuk buat 5 lompatan asas jump rope tetapi masih gagal melakukannya. Ini merupakan di antara bingkisan yang saya kongsikan di dalam segmen inspirasi senaman jump rope di radio Zayan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan radio Zayan yang sudi menjemput saya ke konti radio bagi segmen ini. Saya ditemuramah oleh penyampai radio Zayan dalam segmen “SalamBros” iaitu Anas Tahir dan juga Mawi. Mereka berdua mengendalikan segmen ini sungguh santai sekali dan seolah-olah kami sedang berborak di kedai kopi. Mereka mahu saya kongsikan rahsia perubahan berat badan saya sebanyak 30KG melalui senaman jump rope kepada semua pendengar radio Zayan.
Tak sangka yang dulunya saya struggle nak buat senaman Jump Rope tapi kini saya pula mengajar orang macam mana nak buat senaman jump rope. Semuanya bermula apabila beberapa kawan-kawan saya mencadangkan untuk membuka sesi kelas jump rope kerana selalu nampak saya melakukan senaman jump rope di media sosial. Apa tah lagi, apabila ramai yang sudah tau perubahan badan saya dari dulunya gemuk kepada kurus kerana senaman jump rope. Walaupun jump rope ni nampak mudah, tapi kalau tak tahu teknik lompatan yang betul, ianya akan menjadi susah pada peringkat awal. Dengan niat untuk mengajar dan berkongsi ilmu, maka bermulalah sesi Free Jump Rope Workout Class bersama saya.
Terdapat 2 lokasi percubaan yang saya mulakan untuk sesi Jump Rope Workout Class iaitu di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam dan di Kompleks Sukan MSN Setiawangsa. Saya memilih kedua-dua lokasi ini berdasarkan permintaan dan juga lokasi yang sesuai untuk melakukan senaman ini. Sesi senaman ini saya buka kepada sesiapa saja yang berminat untuk belajar asas dan teknik lompatan jump rope dengan betul.
Salah satu senaman yang menjadi motivasi saya pada peringkat awal kurus adalah senama jump rope. Dari tidak tahu melompat langsung saya berlatih setiap hari sehingga berjaya kurus dengan hanya senaman jump rope. Video ini saya tunjukkan cara asas untuk bersenam menggunakan jump rope.
Sesiapa saja mempunyai keinginan untuk kurus dan ingin mempunyai berat badan yang ideal. Sudah tentu saya sendiri pun inginkan macam tu. Dulu sewaktu peringkat awal saya ingin turunkan berat badan, saya tercari-cari senaman yang mudah dilakukan tetapi boleh membuatkan saya kurus. Saya tahu untuk kurus, kita harus bersenam dan salah satu sukan yang wajib dibuat adalah senaman berbentuk kardio. Mindset saya dan kebanyakkan orang adalah sudah tentu kena banyak berlari.
Dengan berat badan sekitar 105KG ketika itu, saya memang tak suka berlari. Yela, dah la badan berat, nak kena lari bawa beban lebih pulak. Lari sekejap tak sampai 1KM pun dah penat. Bila saya buat kajian online dan bertanya dengan ramai orang, rupa-rupanya senaman kardio lain yang mampu membakar lemak adalah senaman skipping ataupun “jump rope”. Jadi saya pun terus nekad untuk mulakan dengan skipping.