Melalui Plan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan dalam usaha meransang dan memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19 kali ini memberi kredit RM50 kepada setiap rakyat Malaysia melalui perkhidmatan eWallet terpilih. Sebelum ini, kerajaan pernah memberi insentif RM30 melalui program e-Tunai Rakyat dan ianya disambut dengan baik oleh rakyat Malaysia. Kali ini melalui ePenjana sebanyak RM35 billion diperuntukkan. Berikut adalah cara menebus RM50 ePenjana.
Terdapat tiga penyedia e-Wallet yang terpilih untuk program ini iaitu Touch n’ Go,GrabPay dan Boost. Penebusan boleh dilakukan bermula pada 1 Ogos 2020 sehingga 24 September 2020. Proses pengesahan untuk penebusan akan mengambil masa sehingga 5 hari sebelum ianya akan dikreditkan di akaun masing-masing. Proses pengesahan akan melibatkan pengesahan maklumat diri di aplikasi MySejahtera. Baca di sini untuk mengetahui cara pengesahan diri dan aplikasi MySejahtera.
Siapakah Yang Layak Menerima RM50 ePenjana?
Warganegara Malaysia
Berusia 18 tahun ke atas
Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun
Memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera dan akaun aplikasi eWallet terpilih
Tak sangka sejak kita mula memakai face mask semenjak PKP yang lalu, fashion face mask tiba-tiba menjadi trend terkini. Kalau biasanya, orang pakai face mask yang biasa iaitu yang 3 ply berwarna biru tu tapi sekarang ni dah macam-macam fesyen dan gaya. Kini face mask menjadi salah satu aksesori fashion yang dipadankan dengan pakaian harian. Sebab itulah saya sendiri mencuba salah satu jenama fashion terkenal iaitu Jovian Mandagie yang turut melancarkan face mask mereka. Mari kita lihat apakah keistimewa Jovian Face Mask Series ini.
Bila kita dengar sahaja nama Jovian Mandagie kita semua tentu mengetahui kualiti dan kreativiti setiap rekaannya. Begitu juga dengan Jovian Face Mask Series ini yang saya lihat menerapkan unsur-unsur rekaan padanya. Bermula dengan kualiti fabriknya, face mask oleh Jovian ini menggunakan beberapa jenis materials termasuklah velvet dan juga neoprene yang stretchable. Selain itu juga setiap rekaan, mempunyai 2 jenis face mask iaitu jenis biasa yang mempunyai lubang untuk ditelinga dan juga jenis untuk wanita berhijab yang menggunakan tali ikatan di belakang kepala.
Saya mendapatkan Jovian Face Mask Series ini untuk merasai sendiri pengalaman sebenar menggunakannya.
Jovian Face Mask Series ini didatangkan di dalam packaging kotak yang kemas dan rapi. Face mask disimpan di dalam plastik bersama beberapa keping filter yang diberi secara percuma. Filter ini adalah untuk diletakkan di bahagian dalam face mask supaya ianya selamat untuk digunakan berulang kali. Pandangan pertama saya mengenai Jovian Face Mask ini adalah saya dapat rasakan material yang digunakan berkualiti. Ianya tebal dan dijahit dengan rapi. Logo “jovian” pada bucu kanan mask ini nampak premium dan dijahit dengan kemas dan cantik. Ianya nampak sangat menarik dan nampak sangat berkualiti. Read More
Tak sangka yang dulunya saya struggle nak buat senaman Jump Rope tapi kini saya pula mengajar orang macam mana nak buat senaman jump rope. Semuanya bermula apabila beberapa kawan-kawan saya mencadangkan untuk membuka sesi kelas jump rope kerana selalu nampak saya melakukan senaman jump rope di media sosial. Apa tah lagi, apabila ramai yang sudah tau perubahan badan saya dari dulunya gemuk kepada kurus kerana senaman jump rope. Walaupun jump rope ni nampak mudah, tapi kalau tak tahu teknik lompatan yang betul, ianya akan menjadi susah pada peringkat awal. Dengan niat untuk mengajar dan berkongsi ilmu, maka bermulalah sesi Free Jump Rope Workout Class bersama saya.
Terdapat 2 lokasi percubaan yang saya mulakan untuk sesi Jump Rope Workout Class iaitu di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam dan di Kompleks Sukan MSN Setiawangsa. Saya memilih kedua-dua lokasi ini berdasarkan permintaan dan juga lokasi yang sesuai untuk melakukan senaman ini. Sesi senaman ini saya buka kepada sesiapa saja yang berminat untuk belajar asas dan teknik lompatan jump rope dengan betul.
Sebenarnya ramai yang ingin kuruskan pipi kerana pipi adalah sebahagian dari wajah muka dan menjadi bahagian pertama yang orang akan lihat apabila berdepan dengan orang ramai. Pipi juga secara visualnya akan menampakkan seseorang itu kurus ataupun tidak. Kegemukkan pada pipi ataupun memiliki pipi yang tembam ini sering dikaitkan dengan orang yang gemuk dan sebagainya. Namun begitu, ada ke cara kuruskan pipi yang betul-betul berkesan dan mampu mendapatkan pipi yang kecil?
Pada suatu ketika dulu semasa berat badan saya 105KG, saya juga memiliki pipi yang tembam dan gebu. Pipi saya sungguh besar sehingga saya rasa ianya telah cover lebih dari 60% bahagian pada wajah muka saya. Memiliki pipi yang tembam ini akan membuatkan orang sekeliling kita memanggil kita dengan nama-nama menggambarkan pipi kita seperti comel, cute, bam bam dan sebagainya. Jadi saya sangat memahami sekiranya ramai yang ingin setidak-tidaknya menguruskan bahagian pipi. Read More
Selepas inisiatif RM30 melalui program eTunai Rakyat, kerajaan selepas tempoh PKPB ini memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi dan merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion. Di dalam inisiatif ini, kerajaan memberi RM50 di dalam bentuk akaun ewallet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.
Ini adalah salah satu cara dan norma baharu yang digemari ramai rakyat Malaysia dengan menggunakan pembayaran tanpa sentuh ataupun contactless payment. Oleh sebab itu penggunaan perkhidmatan eWallet semakin popular semenjak musim PKP. Read More
Saya bukannya ingin jual ubat kurus badan tetapi hanya nak “jual” satu konsep paling mudah untuk mula kurus iaitu 3G. Ini bukanlah 3G data handphone tu tapi 3G ini adalah Garam, Gula dan Goreng. Pengurangan “3G” ini dalam kehidupan adalah konsep paling asas yang boleh diamalkan oleh semua orang yang nak mula kurus. Ianya bukan saja pasti dan terbukti berkesan malahan kita akan nampak perubahan pada diri sekiranya diamalkan secara konsisten.
Ramai orang terlalu fokus kepada makanan yang baik untuk kurus seperti ayam, telur, sayur dan sebagainya tetapi sering mengabaikan cara penyediaan makanan tersebut. Ianya sangat memainkan peranan dan menjadi faktor penurunan berat badan. Oleh sebab itulah konsep 3G dihasilkan bagi menerapkan ciri-ciri pemakanan yang sihat.
GARAM
Garam ataupun pengambilan sodium berlebihan boleh menyebabkan kita sering rasa dahaga, lapar, badan mengalami water retention disamping kesan sampingan yang lain seperti masalah jantung dan sebagainya. Nak tau garam yang kita ambil berlebihan atau tidak bukan pada rasa masin masakan kita, tetapi pada kandungan jumlah sodium di dalamnya. Kebanyakkan bahan masakan seperti sos cili, walaupun tidak mempunyai rasa masin seperti masin garam, tetapi masih mempunyai kandungan sodium yang tinggi. Sebab itulah dengan mengamalkan pengurangan Garam dalam masakan secara tak langsung dapat mengawal kandungan sodium dalam makanan. Lebih baik lagi kalau makanan itu adalah makanan yang kita sendiri sediakan bagi mengawal kandungan garam.
GULA
Kita semua sudah tentu faham tentang bahayanya gula dan punca kepada banyak penyakit. Sama seperti garam, ianya tidak disukat melalui tahap kemanisan minuman kita tu, tetapi disukat kepada kandungan gula yang kita gunakan. Jangan ingat kita dah letak gula banyak dalam minuman, lepas tu tambah air panas lebih sikit akan mengurangkan kandungan gula. Jangan juga kita ingat lepas kita minum air manis, kita ‘bilas’ semula air manis tu dengan minum air masak. Semua ni adalah teori yang salah
Selain itu juga, gula perang bukanlah pilihan gula yang lebih baik dari gula putih. Ini adalah kerana kandungan gula pada kedua-dua jenis gula ini masih sama cuma yang membezakan gula perang biasanya adalah pada rasanya yang kurang manis dan kuantitinya yang lebih kurang. Sekiranya ingin menggantikan gula dalam minuman bolehlah mencuba gula stevia.
GORENG
Cara penyediaan makanan adalah sangat penting bagi memastikan makanan tersebut betul-betul sihat. Kalau biasanya kita dah selalu menggoreng, apa kata mulai sekarang kita ubah kepada bentuk grilled, kukus, sup ataupun sebagainya. Selain minyak menggoreng itu mengandungi kolestrol yang tinggi, proses menggoreng itu sendiri meningkatkan nilai kalori makanan tersebut. Maksudnya macam ni :
Jadi selain minyak menggoreng tu sendiri dah kurang elok, calorie intake harian pula meningkat dengan menu makanan bergoreng. Memang sangat merugikan tau.
Fizi adalah salah seorang watak dalam siri Upin & Ipin yang sebenarnya agak kurang terkenal. Dia yang terkenal dengan dialog “Aku puasa separuh hari je”, merupakan teman baik kepada Ehsan dan jarang-jarang mendapat perhatian oleh peminat Upin & Ipin. Namun begitu beberapa hari ini watak Fizi tiba-tiba menjadi trending dan disebut oleh warganet dari Indonesia dan Malaysia. Semua ini gara-gara dia “tersalah” cakap di dalam episod terbaru raya Upin & Ipin yang bertajuk “Syahdu Syawal”
Kisahnya bermula apabila Upin, Ipin, Fizi dan Mail sedang berborak mengenai topik syurga dan Mail menerangkan yang syurga adalah di bawak telapak kaki ibu. Upin dan Ipin yang merupakan anak yatim piatu bertanyakan bagaimana pula dengan nasib orang yang tidak mempunyau ibu? Di manakah syurga buat mereka? Fizi dengan spontan membalas, maka tiadalah syurga buat mereka yang tiada ibu. Read More
Tak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan pastinya kita akan menikmati pelbagai jenis juadah raya yang menyelerakan. Bayangkanlah makanan seperti ketupat, lemang, rendang ayam dan juga lontong merupakan diantara makanan yang pasti kita tidak akan dilepaskan. Namun begitu, sekiranya kita makan terlalu banyak ketika hari raya nanti, berkemungkinan kejayaan kita menurunkan berat badan semasa bulan Ramadhan yang lalu mungkin akan menjadi sia-sia. Kali ni saya nak kongsikan tip kawal pemakanan ketika hari raya supaya kita dapat mengawal pemakanan dan seterusnya mengekalkan berat badan.
Ketika kita duduk rumah sempena dengan PKP ini salah satu perkara yang kita rindui adalah untuk berbuka puasa di luar samada di restoran mahupun bufet di hotel. Memang benar kita digalakkan untuk berbuka puasa di rumah dan masak sendiri, tapi sekali sekala kalau dapat ‘tutup dapur’ dan menikmati juadah berbuka puasa ala hotel 5 bintang di rumah sendiri alangkah nikmatnya. Kali ini saya nak kongsikan salah satu pakej Ramadhan oleh Connexion Conference & Event Centre (CCEC) yang menawarkan set berbuka puasa yang dimasak oleh chef terkenal dan boleh dinikmati di ruang tamu kita sendiri.
Set berbuka puasa yang ditawarkan oleh Connexion Conference & Event Centre (CCEC) ini disediakan oleh Chef Raja Romzi yang menyediakan resepi masakan tradisi seperti masakan asam pedas, daging bakar dan macam-macam lagi. Terdapat 2 set pakej iaitu untuk 2 orang dan juga untuk 5 orang, set iftar ini boleh ditempah setiap hari melalui laman web www.connexioncec.com. Yang menariknya, semua menu-menu yang ditawarkan setiap hari adalah berbeza dan sangat menarik. Menu yang saya terima ini adalah menu untuk hari Jumaat dan ianya adalah set untuk 2 orang. Setiap tempahan makanan iftar ini akan dihantar terus ke rumah kita tanpa bersusah-susah untuk keluar rumah mengambil tempahan.
Kali ini saya nak kongsikan senaman mudah 3 min sahaja yang boleh dilakukan di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua senaman ini tidak memerlukan alatan dan hanya menggunakan anggota badan sahaja.
Jangan lupa untuk SUBSCRIBE YouTube Channel http://mohdzarin.com/youtube saya untuk mengikuti lebih banyak tip-tip kurus.